KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM) YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM.
Perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat atau multi-level marketing (MLM) yang diharuskan oleh hukum syarak dengan mengambil kira maslahah dan keadilan pihak-pihak yang bertransaksi serta peruntukan undang undang mengandungi ciri-ciri seperti yang berikut:
1. Berdaftar dan mempunyai lesen
Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
2. Kontrak Jualan Langsung Secara Bertulis
Syarikat hendaklah menyediakan satu kontrak bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas perihal perjanjian antara syarikat dan peserta. Terma dan syarat perjanjian hendaklah difahami dan dipersetujui oleh syarikat dan peserta.
3. Yuran Keahlian Pada Kadar Yang Minimum
Yuran yang ditetapkan, sekiranya ada, hendaklah pada kadar yang minimum meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat. Melalui pendaftaran samada dengan pembayaran yuran sekiranya dtetapkan oleh syarikat atau tanpa pembayaran yuran sekiranya tidak dikenakan oleh syarikat, peserta secara automatik telah menjadi ahli atau pengedar, wakil jualan atau ejen kepada syarikat jualan langsung. Yuran keahlian hendaklah bukan pada kadar yang tidak munasabah dan begitu tinggi sehingga tidak lagi kekal sesuai dengan sifatnya untuk menampung kos starter kit atau business tools yang disediakan oleh syarikat ketika pendaftaran sebaliknya lebih menjurus kepada menjadi sumber bayaran kepada perekrutan ahli baru yang menjadi asas skim piramid. Pembayaran yuran penyertaan tanpa sebarang imbalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan kecuali sejumlah yang munasabah untuk menampung kos starter kit atau business tools dan seumpamanya adalah mengandungi elemen riba al-fadhl dan riba al-nasi'ah, iaitu meletakkan sejumlah wang (yuran penyertaan) secara tunai dengan tujuan untuk mendapat sejumlah wang yang lebih banyak yang berlaku secara tangguh.
4. Tujuan Menjadi Peserta
Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan ketetapan syarak seperti yang berikut:
(i) membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan; dan/atau
(ii) menjadi pengedar, wakil atau ejen jualan kepada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.
5. Akad Dalam Perniagaan Jualan Langsung
Akad antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas antara syarikat dengan peserta. Tidak menafikan kemungkinan penggunaan akad-akad yang lain, pada asasnya akad utama di dalam perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat (MLM) ialah akad al-ju`alah
(i) Al-ju`alah ( ةلاعجلا. )
Al-ju`alah ialah akad yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji iatu alja’il. Akad ini bersifat result-oriented iaitu berorientasikan natijah dan bukannya effort-oriented iaitu berorientasikan usaha menyebabkan upah hanya wajib diberi oleh al-ja’il dan layak diterima oleh orang yang melakukan kerja iaitu al’amil apabila natijah yang disyaratkan oleh al-ja’il berjaya direalisasikan dan bukan semata-mata dengan melakukan usaha dan mencurahkan tenaga. Sebagai contoh, bagi memudahkan kefahaman tentang perbezaan antara akad yang berorientasikan hasil dan akad yang berorientasikan usaha, katakan Encik A berkata kepada Cikgu B: ”Kalau cikgu berjaya mengajar anak saya C sehingga dia boleh membaca, saya bayar cikgu RM500”. Cikgu B berusaha bersungguh-bersungguh mengajar C tetapi dia tetap tidak boleh membaca. Kesannya, Cikgu B tidak berhak mendapat RM500 yang dijanjikan walaupun telah menghabiskan masa dan tenaga mengajar anak Encik A kerana di sini syarat yang ditetapkan oleh Encik A dan dipersetujui oleh Cikgu B menyebabkan akad menjadi berorientasikan hasil. Berbeza halnya sekiranya Encik A berkata kepada Cikgu B: ”Cikgu B tolong ajar anak saya C membaca empat jam seminggu selama sebulan, saya bayar kepada Cikgu B RM500”. Di sini, sama ada C selepas itu boleh membaca atau tidak, selagi Cikgu B telah menjalankan kerja yang disyaratkan iaitu mengajar anak Encik A, C, membaca dalam tempoh tersebut, maka Cikgu B berhak mendapat RM500 yang dijanjikan kerana di sini akad berorientasikan usaha dan masa. Akad al-ju’alah umumnya adalah akad yang tidak mengikat kedua-dua pihak (gyair lazim) dan didapati sesuai secara praktis dengan amalan MLM di mana peserta bukan pekerja kepada syarikat dan syarikat pula bukan majikan kepada pekerja
Dalam konteks MLM, syarikat jualan langsung menjadi alja’il atau orang yang membuat janji melalui akad al-ju’alah yang ditawarkan melalui pelan pemasaran yang ditetapkan sementara peserta pula menjadi al-’amil atau pelaksana dengan memenuhi syarat-syarat upah yang ditetapkan dalam pelan pemasaran yang ditetapkan syarikat dan dipersetujui peserta. Di antara sesama peserta pula iaitu uplines dan downlines tidak wujud akad tertentu selain hubungan kerjasama sebagai al-musytarikun fi al-’amal atau pihak-pihak yang melaksanakan sesuatu tugas secara bersama-sama yang berkongsi upah melalui formula yang telah ditetapkan dalam pelan pemasaran.
(ii) Al-Wakalah ) ةلاكولا ( (wakil atau ejen)
Al-Wakalah ialah akad yang memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Biasanya syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung secara MLM secara jelas menafikan kewujudan hubungan al-wakil dan almuwakkil antara peserta dan syarikat. Oleh itu, penggunaan akad ini lebih berpotensi berlaku di dalam perniagaan jualan langsung secara SLM berbanding MLM. Dalam akad ini, peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar gaji, komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila peserta mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-ujr atau al-ju`alah atau kombinasi. Menerusi akad al-wakalah, peserta atau wakil boleh berhenti atau menarik diri pada bila-bila masa apabila peserta tidak lagi melaksanakan kerja dalam tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh syarikat misalnya setahun. Sekiranya peserta tidak menarik diri selepas tempoh tersebut, kontrak akan tamat dengan sendirinya meskipun tidak dimaklumkan kepada syarikat berhubung penamatan tersebut.
(iii) Al-Wakalah bi ujr (wakil atau ejen dengan upah)
Al-Wakalah bi ujr ialah akad yang memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Biasanya akad ini diaplikasikan dalam perniagaan jualan langsung satu tingkat. Menerusi akad ini, syarikat akan melantik peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila peserta mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-ju`alah. Menerusi akad al-wakalah bi ujr, kedua-dua pihak tidak harus membatalkan akad tanpa persetujuan pihak lain. Nota: Dari sudut fiqh, al-wakalah bi ujr terbahagi kepada dua: Pertama: Al-wakalah dengan konsep al-ju`alah (upah atas hasil kerja) Contoh: “A menjadi wakil B untuk mempromosi barang, jika terjual barang tersebut, 5% daripadanya milik B"
Al-wakalah dengan konsep al-ju`alah, semua fuqaha‟ berpandangan ia tidak mengikat, kecuali Mazhab Maliki yang mengatakan mengikat jika orang yang menerima tawaran telah memulakan kerja atau tugas. Kedua: Al-wakalah dengan konsep ijarah (upah atas masa contoh seminggu, setahun) Contoh: “A menjadi wakil B untuk menjual barang dengan upah RM10 sehari”. A tetap mendapat upah meskipun tidak berjaya menjual barang tersebut. Mazhab Hanafi dan Maliki berpandangan bahawa wakalah dengan konsep ijarah mengikat kedua-dua belah pihak. Menurut mazhab Syafi‟i dan Hanbali, ia tetap tidak mengikat. (iv) (v) (7) Hibah ) ةبهلا ( Hibah ialah suatu pemberian sukarela yang diharuskan oleh syarak oleh syarikat kepada peserta. Al-bay’ ) عيبلا ( (jual beli) Akad jual beli yang berlaku antara syarikat dan peserta atau antara syarikat dan pengguna akhir atau antara peserta dan pengguna akhir. Kontrak Berteraskan Prinsip Saling Reda-Meredai ( يضارتلا (a) ( Akad antara pihak-pihak yang berkontrak hendaklah saling redameredai ( ( يضارتلا semasa memeterai akad. Fuqaha' bersepakat bahawa prinsip saling reda-meredai merupakan syarat sah akad. iv (b) Hukum syarak menggariskan bahawa prinsip saling redhameredhai berlaku apabila terdapatnya niat yang memberi kesan kepada akad iaitu bebas daripada tekanan atau paksaan. Justeru transaksi jualan langsung antara pihak-pihak hendaklah berpaksikan kepada prinsip saling redha-meredhai serta bebas daripada unsur paksaan, manipulasi dan eksploitasi.
6. Keistimewaan Peserta
Setiap peserta syarikat jualan langsung layak untuk menikmati salah satu atau gabungan keistimewaan seperti yang berikut: (i) Mendapat potongan harga bagi setiap pembelian dan/atau mendapat baucar atau kupon bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat. Potongan tersebut adalah berdasarkan akad al-wa’d bi alhibah (janji untuk memberi hibah). (ii) (iii) Mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain bagi setiap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan orang di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya berdasarkan akad alju’alah. Menjadi pengedar kepada rangkaian produk syarikat iaitu menjadi suatu entiti perniagaan berasingan di bawah syarikat jualan langsung (independent business owner).
7. Kriteria Produk
Produk yang dikeluarkan oleh syarikat hendaklah terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang halal dan bermanfaat menurut perspektif syarak. Produk umumnya perlu merupakan produk yang berkualiti dan selamat digunakan dan mestilah dijangka secara wajar, munasabah dan adil bahawa produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna sasaran tanpa mengambil kira pelan pemasaran MLM yang disediakan. Produk bukanlah sebagai “topeng” atau helah dalam urus niaga bagi mengaburi ciri-ciri skim piramid atau skim cepat kaya. Kekuatan syarikat jualan langsung adalah terletak kepada produk yang bermutu dan bukan terhadap objektif jangka pendek bagi tujuan mengaut keuntungan segera semata-mata. Produk makanan, minuman dan barangan gunaan yang dijual oleh syarikat hendaklah mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim atau badan-badan persijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim. Bagi menjamin sistem pengurusan syarikat adalah mengik ut prinsipprinsip Islam, disarankan agar syarikat jualan langsung memohon piawaian MS2400:2010 Standards on Halal Logistics, MS1500:2009 Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan Pengendalian dan Penyimpanan, MS2200 Bahagian 1:2008 Barang Gunaan Islam-Bahagian 1: Kosmetik dan Dandanan Diri.
Garis Panduan Umum dan MS1900:2005 Standards on Quality Management System from Islamic Perspective bagi memberi nilai tambah terhadap pengiktirafan halal bagi produk-produk syarikat terbabit. Produk bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba.
8. Harga Produk
Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang dan perkhidmatan Produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna pada harga yang ditawarkan tanpa mengambil kira pelan pemasaran MLM yang disediakan.
9. Pemberian Insentif
Pemberian insentif oleh syarikat kepada peserta boleh berupa komisen, bonus atau faedah ekonomi yang lain. Pembayaran komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dalam perniagaan jualan langsung adalah berdasarkan prinsip al-jua`lah atau hibah. Pemberian komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah berasaskan jualan kuantiti barang atau perkhidmatan dan bukan berasaskan perekrutan atau pengambilan peserta baharu sematamata. Pelan pemasaran syarikat jualan langsung dan pelan pemberian insentif yang bermatlamat perekrutan atau pengambilan peserta baharu semata-mata atau terutamanya sebagai kelayakan untuk mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain adalah mengandungi elemen money game atau perjudian yang tidak diharuskan oleh hukum syarak. Upline berhak menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada pembelian atau jualan downline berdasarkan akad ju'alah iaitu pihak-pihak yang bersepakat dalam melaksanakan sesuatu kerja (al-mushtarikun fi al-a`mal) dan syarikat sebagai pihak yang menjanjikan upah (al-ja'il) sebagaimana yang diperincikan pembahagiannya dalam pelan pemasaran syarikat Komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah diambil daripada keuntungan jualan produk dan/atau atas sumbangan syarikat. Syarikat hendaklah menetapkan dengan jelas kerja yang perlu dilakukan dan natijah dan hasil yang perlu dicapai oleh peserta bagi melayakkannya mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dan mengisytiharkan syarat-syarat tersebut. Syarikat hendaklah memberi peluang secara adil kepada semua peserta untuk mendapatkan komisen, bonus atau insentif. Syarikat digalakkan untuk mempelbagaikan produk bagi membuka peluang kepada peserta memperbanyakkan jualan bagi tujuan mendapatkan komisen, bonus atau faedah ekonomi lain. Pendekatan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya eksploitasi sistem atau rangkaian menjadi money game. Pelan pemasaran syarikat dan pelan pemberian insentif kepada peserta hendaklah dinyatakan secara jelas oleh syarikat dalam dokumen bertulis yang peserta diberi peluang sewajarnya untuk memahaminya sebelum memasuki akad.
9. Pelantikan Penasihat Syariah.
Syarikat hendaklah melantik Penasihat Syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Islam yang sekurangkurangnya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang syariah termasuk pengajian dalam Usul Fiqh dan Fiqh Muamalat. Syarikat digalakkan untuk melantik Penasihat Syariah yang mempunyai pengalaman yang bersesuaian dalam bidang muamalat Penasihat Syariah tidak boleh mempunyai sebarang hubungan yang boleh mempengaruhi pendiriannya dalam membuat keputusan yang bebas dengan mempunyai hubungan kekeluargaan terdekat seperti pasangan, anak atau adik-beradik dengan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat atau ahli Lembaga Pengarah; dan tidak mempunyai kepentingan saham dalam syarikat jualan langsung atau anak-anak syarikatnya.
10. Program Latihan
Syarikat hendaklah menganjurkan program latihan bagi tujuan seperti yang berikut: (i) untuk memperkenalkan produk kepada peserta khususnya bagi produk yang mempunyai ciri-ciri khusus yang bersifat teknikal dan ciri-ciri khusus yang mematuhi hukum syarak; dan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung dengan kaedah pemasaran bagi meningkatkan prestasi jualan syarikat secara beretika dan mematuhi undangundang. Syarikat boleh menganjurkan program latihan sama ada secara percuma atau berbayar dengan kadar yuran penyertaan yang munasabah. Pengendalian program latihan hendaklah bertepatan dengan prinsip-prinsip syarak termasuklah memelihara adab dan pergaulan antara lelaki dan wanita. Bagi syarikat yang telah melantik Penasihat Syariah, Penasihat Syariah hendaklah diberi ruang yang sewajarnya untuk memainkan peranan dalam memberi latihan, bimbingan dan kefahaman tentang teori dan amali kepatuhan syariah di dalam perniagaan jualan langsung secara MLM kepada para peserta supaya dapat diamalkan dan dihayati oleh mereka.
11. Polisi Beli Balik Atau Polisi Bayar Balik
Syarikat hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis yang mengandungi terma tentang polisi beli balik atau bayar balik. Syarikat hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta dalam masa enam bulan dengan membuat pembayaran tidak kurang daripada sembilan puluh peratus (90%) daripada amaun yang dibayar. (15) Penarikan Diri Peserta v Mana-mana peserta boleh menarik diri daripada menyertai syarikat pada bila-bila masa berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak
PENUTUP
Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Oleh itu, mana-mana perkara yang tidak dinyatakan dalam garis panduan ini, dengan itu hendaklah dirujuk kepada Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Pihak-pihak yang berkaitan hendaklah merujuk kepada garis panduan ini bagi menentukan parameter yang diharuskan oleh syariah berhubung dengan perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat.
Sumber : zaharuddin.net